1. PENGENALAN
Setiap bidang pembinaan mempunyai ciri-ciri pembinaan serta cabaran-cabaran yang khusus yang mana perlu ditangani oleh kontraktor dengan baik demi kejayaan projek yang dilaksanakan. Bidang tugas kontraktor antara lain merangkumi aspek pengurusan teknikal di dalam bidang pembinaan yang diceburi. Sebagai usaha untuk memastikan setiap kontraktor benar-benar kompeten dalam melaksanakan tugas serta aktiviti-aktiviti kontraktor di dalam sesebuah projek pembinaan, CIDB telah merangka program latihan khusus untuk kontraktor di mana latihan ini merangkumi aspek pengurusan teknikal seperti pembelian bahan, peralatan, pengurusan tapak, pembahagian kerja, penjadualan kerja dan sebagainya. Setiap modul telah dirangka berdasarkan Standard Kompetensi Kontraktor serta Course of Study (silabus) yang dibangunkan bersam oleh pihak industri. Kandungan setiap modul pula disesuaikan dengan pelbagai bidang kepakaran / pengkhususan yang terdapat di dalam sistem pendaftaran kontraktor CIDB. Kontraktor yang berjaya akan diberikan Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP).
Nilai Tambahan
Nilai Tambahan Peserta kursus yang lulus dengan jaya akan dapat menambah bidang pengkhususan di dalam sijil pendaftaran kontraktor.
2. BIDANG LATIHAN
Peserta kursus boleh memilih untuk menghadiri kursus dalam mana-mana bidang berikut:.
Modul Bisnes Modul Tred Modul Kepakaran
3. KANDUNGAN KURSUS
Latihan bagi setiap bidang akan dijalankan berdasarkan Pakej Pembelajaran 'Learning Package' (LP) seperti berikut:
a) Kursus Pengurusan Bisnes
Jaringan Perniagaan
Pengurusan Sumber Manusia
Perakuanan Projek
Sumber Dana dan Pembiayaan Projek
Peruntukan Perundangan
b) Kursus Tred / Kepakaran
Pemerolehan Peralatan Dan Bahan
Pemerolehan Loji Dan Jentera
Tugasan Kerja
Sijil Penyiapan Praktikal
Peruntukan Perundangan
Servis Dan Penyelenggaraan
Jadual Kerja
Penganggaran Dan Tender Projek
4. KUMPULAN SASARAN
Kursus ini terbuka kepada kontraktor yang berdaftar di dalam Gred G1 hingga G7. Kumpulan sasaran terdiri daripada Pemilik / Personel Pengurusan utama yang melibatkan mana-mana dari berikut:
Pemilik Syarikat
Pengarah Syarikat, atau
Pengurusan utama syarikat
5. TEMPOH KURSUS
Kursus Hari
Bisnes 4 hari
Tred/Kepakaran 5 hari
Penilaian akan dijalankan di akhir latihan
6. YURAN KURSUS

Pemegang Kad Hijau
Kursus Yuran
Bisnes RM 200
Tred/Kepakaran RM 250
Tanpa Kad Hijau
Kursus Yuran
Bisnes RM 400
Tred/Kepakaran RM 500
7. SIJIL
Sijil Kecekapan Pengurusan akan diberikan kepada peserta yang lulus dalam ujian
9. PERMOHONAN KURSUS
Permohonan berkursus boleh dibuat secara online atau melalui Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor 'PLBK' CIDB.
10. KAEDAH BAYARAN
Pembayaran boleh dibuat secara bank draft, banker's cheque dan wang pos sahaja dan dibayar atas nama CIDB Malaysia atau kepada PLBK yang dilantik sahaja. Sila tuliskan Nama Peserta dan No MyKad dibelakang cek tersebut
11. CARTA ALIRAN KURSUS